Kelas asas Movie Maker, Asas download Laju dan Video dr Youtube dan KDB
19 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 18 Februari 2019, telah diadakan Kelas asas Movie Maker, Asas download Laju dan Video dr Youtube dan KDB yang telah dijalankan di Pusat Internet Krokong. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik para peserta mengetahui bagaimana menghasilkan video yang menarik.
Di dalam kelas ini, segala penerangan dan perbincangan diadakan berdasarkan senario-senario berkaitan dengan cara-cara menghasilkan video dengan menggunakan perisian tersebut yang telah ditayangkan melalui papan skrin. Antara keterangan yang telah disampaikan adalah seperti cara-cara mengedit video dan mengahasilkan video yang menarik.Seramai 14 org pelajar mengikuti kelas ini dan diiringi oleh cikgu Nea.
Terima kasih kepada guru dan pelajar yang terlibat.Diharap pembelajaran ini akan lebih membantu pelajar dengan menambah ilmu pengetahuan dan akan lebih bersedia menghadapi peperiksaan yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: